10 Lokasi Lazim Berbulan Madu Di Malaysia

Membayangkan saat makan malam bersama si dia pujaan hati di dalam restoran mewah yang diselimuti suasana romantis, tentu membahagiakan. Tambah lagi jika ketika itu sedang mengabadikan episod bulan madu terindah untuk diselami bersama pasangan tercinta. Namun sesi bulan madu tidak hanya direncanakan sekadar itu.

10 tempat yang selalu dijadikan lokasi untuk berbulan madu di Malaysia...Weeee


Bulan madu di pantai biru...tiada yang mengganggu....weee

Sebenarnya tambah bermakna dan sempurna penjelajahan musim bulan madu jika berlatar belakangkan keindahan alam yang menggamit jiwa. Lihat sahaja keindahan lautan luas yang terbentang, hamparan pasir yang memutih, warna warni pelangi yang muncul selepas hujan dan suasana damai yang menyegarkan. Tentu sahaja panorama ini mampu menggamit naluri untuk terus menyelami cinta bersama pasangan di sisi.

Lantas, tidak sukar untuk memilih destinasi romantis meskipun hanya di dalam negara. Terlalu banyak tempat percutian yang menarik dan terbaik boleh dikunjungi oleh pasangan yang sedang berbulan madu. 


10. ‘Little England’ Bukit Fraser - Pahang


Jika ingin merasakan seperti bercuti di England, Bukit Frasar adalah tempat yang harus dikunjungi. Terletak kira-kira 2 jam perjalanan daripada Kuala Lumpur, kawasan peranginan tanah tinggi ini menawarkan pengalaman percutian bulan madu nan istimewa.

Bukan sahaja panoramanya indah, malah suhu persekitarannya juga cukup dingin terutama di waktu malam. Manakala di waktu pagi, persekitaran yang dilitupi kabus putih yang memukau pandangan. Tentunya momen berduaan di kawasan tanah tinggi seperti ini tidak mampu dilupakan hingga hujung nyawa. Uniknya menikmati percutian di sini, setiap bangunan mempamerkan senibina kolonial Inggeris yang jelas dilihat pada penggunaan batu-bata dan strukturnya yang tersendiri. Tentu sahaja latar belakang yang indah seperti itu amat sesuai dirakamkan menjadi kenangan terindah di dalam lense kamera anda. 

Dengan puncak tertinggi iaitu setinggi 1280 meter dari paras laut, lokasi menarik untuk anda berdua lawati adalah tertumpu di tengah bandar berdekatan dengan menara jam. Selain itu, tidak salah kiranya anda berdua menyempurnakan aktiviti bulan madu dengan mengunjungi tempat menarik yang ada disekitar Bukit Fraser, antaranya bermian golf, menaiki kuda mahu pun bersiar di Taman Allan’s Water serta bermandi manda di Air Terjun Jeriau. 

9. Cameron Highlands - Pahang



Keindahan alam yang memukau pandangan dipenuhi dengan kecantikkan daunan teh yang merimbun menutupi segenap pandangan. Anda boleh menghabiskan masa berjalan berdua- duaan sambil menikmati keindahan alam yang mendamaikan.

Oleh itu, tidak sah kiranya tidak singgah sebentar di Ladang Teh Boh. Ladang berkeluasan 8000 ekar ini turut digelar sebagai ‘The Green Carpet’ atau ‘The Green Wave’ kerana kecantikkan tanamannya. Setelah puas menikmati keindahan alam, ada baiknya anda berdua menikmati secawan teh di anjung tinjau. Di sini sekali lagi anda akan disajikan dengan panorama indah menghijau seluas mata memandang. 

Selain itu, apabila berada di Cameron Highlands paling menarik ialah anda dapat melakukan aktiviti memetik buah strawberi yang segar di beberapa ladang terpilih. Setelah puas mengutip tuaian, tibalah pula saat anda menikmati kemanisan strawberi bersama salutan coklat. Kenikmatan rasanya sukar digambarkan. Sungguh menyelerakan tambahan apabila dimakan bersama pasangan tercinta. Sehari berada di sini mungkin tidak puas, jadi sebaiknya buatlah tempahan penginapan untuk merasai erti sebenar bulan madu terindah. 

8. Genting Highlands - Pahang


Terkenal sebagai ‘kota keriangan’ tentunya menjadi destinasi buat pasangan yang gemar mencuba aktiviti mencabar. Kawasan peranginan ini terletak tidak jauh daripada Kuala Lumpur dan hanya mengambil masa satu jam sahaja perjalanan menggunakan pengangkutan darat.

Oleh kerana kedudukannya yang terletak 2000 meter dari paras laut, pasangan pengantin baru gemar datang ke sini untuk menikmati saat romantis bersama pasangan. Suhunya yang sejuk dan nyaman seakan-akan persekitaran di Eropah! Ini sekali gus menjadikan Genting Highlands antara destinasi popular bukan sahaja buat pengantin baru malah amnya seluruh warga Malaysia. Merentasi sempadan negeri Pahang dan Selangor, Genting Highlands menempatkan hotel ternama kepada pengunjung untuk kemudahan yang ingin bermalam di sini. Antara hotel yang boleh dijadikan pilihan untuk merehatkan tubuh bersama pasangan adalah dengan menginap di Genting Hotel, First Word Hotel, Awana Genting Highlands Golf & Country Resort, Theme Park Hotel dan beberapa hotel lainnya.

7. Pulau Pangkor - Perak


‘Pang Ko’ yang bermaksud pulau cantik dalam bahasa Thai adalah destinasi terbaik buat pasangan yang mencari ketenangan dalam menjalin hubungan cinta. Jika ingin dijelaskan akan keindahan persekitarannya, ternyata tidak terungkap dengan kata-kata. Keheningan suasana kedesaan sekitar pulau memberikan tarikan yang tersendiri. Begitu jua dengan keindahan pantai berpasir putih yang bersih murni, sapaan angin pantai yang lembut menghembus ke wajah, nyata semua ini cukup mendamaikan.

Tidak hanya puas menikmati keindahan suasana pantai bersama pasangan, pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan bersama. Antara yang harus dicuba adalah menaiki bot laju untuk mengelilingi pulau. Tentunya ia bakal menjadi pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Memenuhi agenda percutian, pasangan turut boleh berkunjung ke Taman Fu Lin Kong di mana terdapatnya replika Tembok Besar Cina.

6. Bukit Larut - Perak


Bukit Larut dahulunya dikenali dengan Bukit Maxwell. Menjanjikan kawasan peranginan tanah tinggi yang cukup hebat. Sesuai buat pasangan yang menginginkan suasana sunyi, dingin dan damai di atas puncak bukit.

Pemandangan lebih menarik dan romantis di waktu malam boleh dinikmati bersama pasangan kala berada di atas Bukit Larut. Anda boleh menikmati limpahan cahaya di seluruh Taiping, begitu juga dapat dilihat kerlipan lampu bot nelayan di laut Selat Melaka yang mencipta ritma yang indah. Keasyikkan yang tercipta bertemankan kesejukan malam hari tentu sahaja menggamit perasaan untuk terus mengecapi bahtera bahagia bersama pasangan. Jika anda dan pasangan gemar melihat burung, apa kata disiang harinya penuhi agenda percutian bulan madu anda dengan menyusuri laluan Gunung Hijau yang menjanjikan pemandangan hutan yang memukau. 

5. Pulau Kapas - Terengganu


Keheningan suasana sekitar Pulau Kapas pasti mampu memberi ketenangan ideal buat pasangan pengantin baru. Melihat persisir pantainya yang memutih bak hamparan kapas cukup mengujakan. Hingga anda berdua terasa ingin merasai nikmat berkaki ayam berjalan di sepanjang pantai. Sambil sekali sekala berlari anak mengejar antara satu sama lain, momen ini cukup membahagiakan.

Manfaatkan keindahan alam yang ada di depan mata. Anda berdua boleh melakukan aktiviti ‘snorkelling’, selam scuba, memancing, berkayak dan sebaginya. Terdapat beberapa resort beroperasi di sini untuk kemudahan pengunjung bermalam di pulau. Antaranya Kapas Island Resort, Kapas Turtle Valley, The Light House, Kapas Beach Resort dan banyak lagi. 

4. Pulau Perhentian - Terengganu



Berkunjung di Pulau Perhentian untuk berbulan madu adalah pilihan terhebat apatah lagi pulau ini pernah dinobatkan antara 10 pulau tercantik di dunia. Terdiri daripada dua pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pantainya putih bersih, air lautnya pula jernih kebiruan dan keindahan batu karangnya cukup mengagumkan. Tiada yang lebih indah dapat diungkapkan, biarlah anda berdua memahaminya dan merasainya sendiri kala menyelami saat bulan madu bersama di sini.

3. Pulau Sibu - Johor


Merentasi selatan tanah air, Pulau Sibu setia menanti kunjungan anda dengan pesona panorama yang mengagumkan. Penuhi aktiviti bersama sambil santai menikmati makan malam berdua ketika matahari terbenam. Pastinya begitu romantik dirasakan bagi pasangan berbulan madu. Pulau Sibu juga kerap dirujuk sebagai syurga buat penyelam. Jadi apa salahnya anda berdua turut menikmati keindahan dasar laut bersama-sama. Pastinya mampu menggamit memori cinta yang hebat.

2. Port Dickson – Negeri Sembilan


Deruan angin dan hempasan ombak yang memukul pantai seakan-akan berlagu riang menerima kunjungan percutian bulan madu anda berdua di sini. Kedudukannya yang tidak jauh daripada Kuala Lumpur, sautu bonus buat pasangan mempelai untuk melengkapkan destinasi bulan madu kala hujung minggu. Tidak hanya terbatas untuk aktiviti riadah tetapi juga terdapat pelbagai aktiviti pada waktu malam yang tersedia untuk kalian berdua mencipta memori bersama seperti pasar dan juga tempat makan yang menarik.


1. Pulau Langkawi - Kedah


Tidak rugi menghabiskan detik bulan madu di Pulau Langkawi yang penuh dengan lagendanya yang tersendiri. Di sini pelbagai aktiviti dan destinasi menarik boleh dikunjungi bersama. Sambil itu, tentu sahaja anda berdua bebas merakam detik bahagia bersama.

Berkunjung ke Tasik Dayang Bunting umpamanya, adalah sesuatu yang menarik. Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi,di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau dan merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi. Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring. Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu.

Selain itu, menjejaki Telaga Tujuh yang terletak di sebelah barat laut Pulau Langkawi cukup menyeronokkan. Telaga Tujuh merupakan telaga yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan. Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk daripada pecahan 7 telaga semula jadi. Kehijauan pepohon disekitar Telaga Tujuh menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya .Mengikut lagenda, puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini. Jadi pasti anda berdua tidak mahu melepaskan peluang bermandi manda di sini sambil menikmati keindahan alam yang mengasyikkan. - See more at: http://selongkar10.blogspot.com/2013/10/10-lokasi-lazim-berbulan-madu-di.html#sthash.25HzyR0J.dpuf
10 Lokasi Lazim Berbulan Madu Di Malaysia 10 Lokasi Lazim Berbulan Madu Di Malaysia Reviewed by A3 on 10:05:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.