Sepanjang bulan Ramadan, pasti ramai di antara kita ingin menikmati pelbagai masakan yang jarang dinikmati ketika bulanbulan biasa. Bagi anda yang mencari lokasi dan menu enak dengan harga berpatutan, Jom kita selongkar antara 10 lokasi dan menu yang boleh anda pilih. Selamat menjamu selera.
Bertemakan ‘Buffet Ramadan – Jenoh Makan’ pasti mengamit perhatian. Pelbagai promosi yang ditawarkan oleh Hotel Holiday Villa. Menu seperti Ayam Golek, Nasi Beriani, Rendang dan manisan antara menu yang ditawarkan. Harga pula RM49.00++, manakala kanak-kanak RM25.00++.
2. Bazar Ramadan Selero Nogori, Desa Pandan, Kuala Lumpur
Menawarkan Pakej Ramadan bermula dari RM5.00 dengan menu tradisi Negeri Sembilan yang cukup menyengat seperti Masak Lemak Cili Padi, Bawal Goreng Panas, Sambal Tempoyak Daun Kayu, Ayam Kampung Goreng Kunyit dan juga Asam Pedas. Anda yang sukakan menu pedas, di sinilah pilihannya.
3. Hotel Sri Petaling, Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur
Terdapat lebih dari 60 hingga 80 jenis juadah berbuka yang menjadi ikutan sejak bertahun-tahun lamanya. Apa yang pasti, juadah Nasi Beriani Arab mendapat sambutan hebat di hotel ini. Harga serendah RM55.00 seorang bermula jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.
5. Restoran Seribu Gantang, The Regency Alor Star
Salah satu menu istimewa adalah Nasi Ayam Malinja. Selain itu terdapat lebih daripada 30 sajian disediakan di Restoran Seribu Gantang ini. Mungkin anda patut mencuba apabila sudah berada di Bandar Alor Star.
6. Shack Halt, Plaza Shah Alam, Seksyen 9 Shah Alam
Hilangkan dahaga dengan berbuka dengan minuman Ais Kocak yang menjadi pilihan. Sempena bulan Ramadan yang mulai ini, Snack Halt turut menawarkan menu istimewa kepada pengunjung khusus untuk berbuka puasa. Menu set Smoked Beef Pepperoni Crepe, Coklat & Peanut Butter Waffle, Mocha Ice Blended dan Fruit Shake didatangkan pada harga palingistimewa, RM15.80 sahaja untuk anda.
Nikmati buffet Ramadan yang bernilai RM34.90 daripada Restoran Pizza Vs Satay. Kelebihannya adalah makanan barat yang pastinya menjadi bualan ramai. Menu Kambing Panggang Golek, Pizza, ikan dan belbagai lagi semestinya menjadi pilihan. Rugi jika anda tidak mencubanya.
8. KPS Conner (Sakan Catering), Alor Star, Kedah
Ada kelainan jika berbuka dengan juadah lebih daripada 10 lauk pauk dari gerai KPS Coner yang terletak di hadapan Pekan Rabu. Antara yang menjadi perhatian tentu sahaja lauk Udang Sakan yang sungguh terkenal dengan kelazatannya. Jangan lupa rasai Bihun Sup yang sejak dari dahulu mendapat perhatian ramai. Harga yang ditawarkan serendah RM3.50.
Restoran ala foodcourt yang menyediakan hidangan lazat berasaskan keju. Menu sihat dan menyelerakan ini lain dari yang lain. Jika anda inginkan kelainan untuk juadah berbuka, apa kata mencuba beberapa menu yang ditawarkan. Antara yang popular di sini adalah Chicken Cutlet Bake Rice dan Salmon & Chicken Rice.
Ubah kebosanan berbuka juadah yang sama saban hari dengan ‘air tangan’ para pelajar Seni Kulinari daripada UiTM Pulau Pinang. Selain menyajikan juadah enak, anda juga mampu menilai sejauh mana kehebatan mereka memasak. Menu istimewa ala tempatan seperti Sup Ekor dan Rojak Penang tentunya mampu membuatkan anda kenyang dalam kepuasan. - See more at: http://selongkar10.blogspot.com/2012/07/10-lokasi-menu-menarik-untuk-berbuka.html#sthash.eDNJKrAk.dpuf
1. Holiday Villa, Alor Star, Kedah
2. Bazar Ramadan Selero Nogori, Desa Pandan, Kuala Lumpur
Menawarkan Pakej Ramadan bermula dari RM5.00 dengan menu tradisi Negeri Sembilan yang cukup menyengat seperti Masak Lemak Cili Padi, Bawal Goreng Panas, Sambal Tempoyak Daun Kayu, Ayam Kampung Goreng Kunyit dan juga Asam Pedas. Anda yang sukakan menu pedas, di sinilah pilihannya.
3. Hotel Sri Petaling, Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur
Terdapat lebih dari 60 hingga 80 jenis juadah berbuka yang menjadi ikutan sejak bertahun-tahun lamanya. Apa yang pasti, juadah Nasi Beriani Arab mendapat sambutan hebat di hotel ini. Harga serendah RM55.00 seorang bermula jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.
4. Katering Korporat D’Saji, Kuala Lumpur
Sempena Ramadan, Katering Korporat D’Saji bakal menawarkan 50 sehingga 60 juadah paling istimewa ala kampung di dewan ternama Felda iaitu Dewan Merak Kayangan, Dewan Besar Tun Raha, Menara Tun Razak dan Dewan Gemilang Kelana Jaya. Antara menu istimewa adalah Daging Dendeng, Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan Kambing Panggang.5. Restoran Seribu Gantang, The Regency Alor Star
Salah satu menu istimewa adalah Nasi Ayam Malinja. Selain itu terdapat lebih daripada 30 sajian disediakan di Restoran Seribu Gantang ini. Mungkin anda patut mencuba apabila sudah berada di Bandar Alor Star.
6. Shack Halt, Plaza Shah Alam, Seksyen 9 Shah Alam
Ais Kocak
7. Pizza VS Satay, Usj 11,Subang Jaya, Selangor.
8. KPS Conner (Sakan Catering), Alor Star, Kedah
Ada kelainan jika berbuka dengan juadah lebih daripada 10 lauk pauk dari gerai KPS Coner yang terletak di hadapan Pekan Rabu. Antara yang menjadi perhatian tentu sahaja lauk Udang Sakan yang sungguh terkenal dengan kelazatannya. Jangan lupa rasai Bihun Sup yang sejak dari dahulu mendapat perhatian ramai. Harga yang ditawarkan serendah RM3.50.
9. KungFu Bake Rice, KLCC
Chicken Cutlet Bake Rice
10. Cafe Pauh D’Layang, Uitm Pulau Pinang
Sup Ekor
10 Lokasi & Menu Menarik Untuk Berbuka Puasa Di Malaysia
Reviewed by A3
on
10:22:00 PM
Rating: