By : http://www.thevocket.com
Bila merancang untuk travel, bajet merupakan antara perkara penting yang menentukan lokasi yang bakal menjadi destinasi kita. Kejatuhan nilai ringgit pada awal tahun ini menyebabkan ramai yang sedikit keberatan untuk travel ke luar negara kerana kekangan bajet disebabkan tukaran matawang yang tinggi.
Sebagai seorang bajet traveller, saya sendiri turut terkesan dengan situasi ini tapi hati tetap nak travel. Jadi saya telah lakukan kajian agar masih dapat travel ke luar negara dengan bajet yang saya telah tetapkan.
Benda baik tak elok simpan sorang-sorang maka saya kongsikan di sini. Bajet saya untuk setiap trip tak boleh lebih daripada RM1500 termasuk tiket kapal terbang.
1. Banda Acheh, Indonesia
Ingat Acheh, ingat tsunami. Bandar yang pernah ranap kerana tsunami ini menawarkan lebih banyak tarikan dan monumen peringatan daripada tragedi yang telah menimpa serta beberapa lokasi alam semulajadi yang menarik.
Apatah lagi nilai Ringgit masih tinggi berbanding Rupiah Indonesia. Memang ngam dengan bajet saya.
Anggaran bajet saya:
- Tempoh: 4 hari 3 malam. Bajet untuk seorang, travel dalam kumpulan 4 orang.
- Tiket kapal terbang pergi balik : RM300 (termasuk airport tax). Boleh murah lagi untuk flight jika dapat cari tiket promo AirAsia.
- Pengangkutan (kereta sewa dan 4WD beserta pemandu untuk bawa ke lokasi menarik di sekitar Banda Acheh dan Sabang, feri dan pengangkutan dari jeti ke hotel) : RM150
- Hotel (1 malam di Banda Acheh dan 2 malam di Sabang): RM200
- Makan: RM150 (bajet lebih sikit untuk makan)
- Aktiviti : Pakej snorkeling di Iboih: RM70 (termasuk boat transfer, pemandu dan alatan snorkeling). Lain-lain aktiviti dah masuk dalam bajet sewa kereta dan 4WD sebab kena bayar untuk minyak.
- Matawang: Indonesia Rupiah
Total bajet: RM870 / orang.
Bagi pasangan yang dah berkahwin jangan lupa bawa surat nikah. Undang-undang di Acheh tidak benarkan lelaki dan wanita keluar bersama selepas jam 10 malam.
Mana lah tahu terasa nak lepak tepi pantai sambil tengok bulan, ada polis syariah datang soal siasat banyak pula kena jawab nanti.
Untuk rujukan baca Itinerari Bajet 4 Hari 3 Malam Ke Acheh Indonesia
2. Yangon, Myanmar
Myanmar atau dikenali juga sebagai Burma bukanlah destinasi pilihan bagi sebahagian ramai traveller Malaysia. Mungkin sebab dah selalu jumpa warga dari negara ini di Malaysia.
Tapi jangan pandang sebelah mata dengan lokasi bersejarah dan budaya di negara ini. Banyak yang menarik untuk diterokai.
Antara fakta menarik adalah terdapat 140 masjid di Yangon, rakyatnya yang peramah, mudah dapat makanan halal yang murah dan sedap.
Dan ini adalah anggaran bajet saya:
- Tempoh: 4 hari 3 malam. Bajet untuk seorang, travel dalam kumpulan 4 orang.
- Tiket kapal terbang pergi balik : RM380 (termasuk airport tax). Boleh murah lagi untuk flight jika dapat cari tiket promo AirAsia.
- Pengangkutan: RM300
- Hotel: RM400. Hotel di Myanmar dikenakan caj dalam USD.
- Makan: RM200.
- Visa: RM140. Rakyat Malaysia yang nak ke Myanmar kena mohon visa.
- Aktiviti: Jelajah lokasi menarik di sekitar Yangon antaranya Shwedagon Pagoda, Sule Pagoda, Bogyoke Aung Sang Market dan naik keretapi keliling pekan.
- Matawang: Burmese Kyat
Total bajet: RM1420.00 / orang
Kepada food hunters, korang patut datang ke Yangon dan cuba makanan di sini. Buah-buahan pun dijual dengan murah. Cuma pesan saya mesti minum air mineral yang dibeli dan elakkan makan sambal cili agar tak terkena cirit-birit.
Book hotel lebih awal sebab hotel di sini selalu penuh. Banyak traveller dari negara barat yang berkunjung ke negara ni. Jika mahu lebih adventure boleh juga ke Bagan dan Inle Lake selepas turun di Yangon.
Untuk rujukan baca Kisah menarik gadis Malaysia travel dengan Minah Saleh dari USA di Myanmar
3. Cebu, Filipina
Selain daripada Boracay, Cebu merupakan satu lagi destinasi yang mesti dilawati di Filipina jika korang sukakan keindahan alam.
Paling menarik kat sini merupakan antara tempat best untuk selfie dengan whale shark! Ok, oleh sebab tempat ni best dan matawang Peso Filipina pun lebih rendah berbanding RM, maka haruslah masuk dalam senarai bucket list.
Ini anggaran bajet saya:
- Tempoh: 4 hari 3 malam. Bajet untuk seorang, travel dalam kumpulan 4 orang.
- Tiket kapal terbang pergi balik : RM590 (termasuk airport tax). Boleh murah lagi untuk flight jika dapat cari tiket promo AirAsia.
- Pengangkutan: RM50 (termasuk tips dan upah driver)
- Hotel: RM150 untuk 3 malam
- Makan: RM100. Bawa makanan dari Malaysia untuk sarapan dan makan malam. Bajet hanya untuk makan tengahari saja. Tapi khabarnya makanan halal sukar nak dapat kat sini. Jadi standby bawa makanan lebih sikit.
- Aktiviti: RM520. Bajet untuk pakej berenang dengan whaleshark di Oslob, Tumalog Falls, Osmena Peak, berkayak di Kawasan Falls dan bamboo raft di Kawasan Falls dan zipline.
- Matawang: Peso
Total bajet RM1410.00 / orang.
Bajet ni dikira tinggi dan sebenarnya boleh kurangkan lagi terutama untuk hotel dan tiket flight.
Untuk itinerari dan lokasi menarik untuk diterjah sepanjang di Cebu, korang boleh download apps Cebu Guide.
Jika ke Filipina jangan lupa asingkan duit sebanyak 750 Peso untuk bayar ‘airport tax’. Tapi daripada maklumat terbaru yang saya dapati, harga tiket AirAsia dari Cebu ke KL sudah termasuk ‘airport tax’. Hanya untuk Cebu saja tau, bukan di airport lain di Filipina. Walaubagaiamana pun tak salah bersedia lebih sikit agar kita tak terkandas di sana hanya kerana 750 Peso ini.
Untuk rujukan itinerari baca: Kisah 5 gadis travel gaya bajet ke 3 lokasi termasuk Cebu.
4. Maldives
Sebut Maldives tak perlu cerita banyak lagi. Ini antara tempat untuk bercuti dan tenangkan fikiran sambil layan pemandangan laut luas yang cantik. Sambil tu boleh snorkeling sekali.
Anggaran bajet saya:
- Tempoh: 5 hari 4 malam. Bajet untuk seorang, travel dalam kumpulan 4 orang.
- Tiket kapal terbang pergi balik : RM740 (termasuk airport tax). Boleh murah lagi untuk flight jika dapat cari tiket promo AirAsia.
- Pengangkutan: RM200
- Hotel: RM300. Cari hotel murah di Hulhumale atau pulau sekitarnya.
- Makan: RM100. Selebihnya bawa makanan dari Malaysia.
- Aktiviti: RM160. Bajet aktiviti boleh dinaikkan jika bajet tiket kapal terbang dapat dikurangkan. Antara aktiviti boleh dilakukan adalah melawat 2 ke 4 pulau di Maldives iaitu Hulhumale, Male, Maafushi dan Adaaran, aktiviti bajet rendah sekitar USD10 dan lepak layan matahari terbenam.
- Matawang: Rufiyaa
Total bajet RM1500.00 / orang.
Ada pilihan untuk naik local boat/slow boat ke Maafushi dengan tambang 3USD sahaja seorang. Bot bertolak setiap hari kecuali Jumaat pada jam 3 petang.
Matawang Maldives adalah Rufiyaa. Susah sikit nak dapat di Malaysia. Tapi boleh tukar di lapangan terbang sebaik saja sampai di sana. Kadar tukaran semasa ialah 1USD bersamaan 15 Rufiyaa. Simpan resit, kalau ada baki boleh ditukar ke USD di Airport Male sebelum balik ke Malaysia.
Untuk rujukan itinerari baca: Itinerari Travel Cara Bajet 5 Hari 4 Malam Di Maldives
5. Perth, Australia
Perth merupakan bandar di negara kangaroo ini yang paling hampir dengan Malaysia. Tempoh penerbangan dari KLIA2 – Perth adalah 5 jam 30 minit.
Terletak di wilayah Western Australia, cara terbaik untuk meneroka lokasi menarik di sini adalah dengan menyewa kereta.
Anggaran bajet saya
- Tempoh: 5 hari 4 malam. Bajet untuk seorang, travel dalam kumpulan 4 orang.
- Tiket kapal terbang pergi balik : RM780 (termasuk airport tax). Boleh murah lagi untuk flight jika dapat cari tiket promo AirAsia.
- Pengangkutan (sewa kereta dan minyak) = RM1200 bahagi 4 = RM300
- Hotel: RM200 (backpackers hostel) atau sewa rumah di AirBnB, lagi senang nak masak.
- Makan: RM100 Bawa stok maggi, rempah menggoreng dan rempah segera dari Malaysia. Beras, telur, roti, bawang, sayur-sayuran dan ikan atau ayam / daging halal boleh dibeli di kedai Vietnam dan pasaraya di sana.
- Visa ke Australia: RM20. Ye RM20 jika beli daripada ejen
- Aktiviti: RM114. Bayaran masuk ke Pinnacles RM10 (RM35 per entry bahagi 4), Dolphin Centre RM30, Caversham Wildlife RM74. Ini antara 3 must visit place in Western Australia.
- Matawang: Dolar Australia
Total bajet RM1514 / orang
Terdapat banyak lokasi menarik yang boleh dilawati secara percuma di bandar Perth dan sekitarnya. Korang boleh semak info lanjut di websiteWesternAustralia.com dan di LookAtWa.com.
Dan jika korang nak jimat lagi boleh cuba naik Transperth yang menyediakan perkhidmatan bas percuma di sekitar CBD, Fremantle dan Joondalup. Boleh rujuk jadual operasi bas transperth di website Transperth.wa.gov.au.
Baca juga tips berikut untuk rujukan: 26 Tip Bercuti Bersama Keluarga Di Perth, Australia
6. Busan, Korea
Ketika ini AirAsia X merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang terbang terus dari KL ke Busan dan vice versa.
Bila ada peluang macam ni bolehlah cover 2 bandar dalam 1 trip iaitu Seoul dan Korea. Korang boleh turun di Seoul dan bertolak balik ke Malaysia dari Busan atau sebaliknya.
Ini anggaran bajet saya
- Tempoh: 5 hari 4 malam. Bajet untuk seorang, travel dalam kumpulan 4 orang.
- Tiket kapal terbang pergi balik : RM798 (termasuk airport tax). Turun di Busan dan balik ke KL di Seoul, atau sebaliknya. Boleh murah lagi untuk flight jika dapat cari tiket promo AirAsia.
- Pengangkutan: RM200 (subway, teksi, bas).
- Hotel: RM300
- Makan: RM100. Bawa bekal makanan dari Malaysia untuk sarapan dan makan malam. Siang boleh cuba makanan halal di sana. Tetap nak total bajet dalam RM1500 jugak. Haha!
- Aktiviti dan bayaran masuk ke attractions berbayar: RM100
Total bajet RM1498 / orang.
Perancangan saya adalah 2 hari travel di Busan dan 3 hari di Seoul.
Jika korang bercadang nak naik subway sepanjang di sana, boleh cuba download apps Jihachul Korea Subway. Dalam apps ni diterangkan dengan lengkap harga dan route dari stesen mana ke stesen mana, dan kat mana nak tukar train, serta masa. Juga sila ambil perhatian orang Korea sangat menepati masa. Lambat kena tinggal okey.
Beli T-Money untuk bayar teksi, subway dan naik bas. Harga tambang yang dikenakan lebih murah bila bayar guna T-Money. Info berjimat macam ni penting untuk diambil tahu. Untuk info lengkap boleh semak di website VisitKorea.
Untuk makanan halal, baca: 21 Makanan Halal Yang Mesti Dicuba Bila Travel Ke Korea Selatan.
Jika korang merancang nak travel lebih lama di Korea, itinerari Pusing Satu Korea Selatan 7 Hari Dengan Bajet RM1800 ini mungkin membantu.
Dan ini sedikit tips tambahan untuk korang:
1. Website rujukan untuk pengangkutan
Seat61.com sering menjadi antara sumber rujukan utama saya setiap kali nak travel ke luar negara. Informasi yang dikongsikan juga lengkap dan up to date. Jadi korang bookmark website ni okey.
2. Travel dalam kumpulan minima 4 orang
Senang nak berkongsi perbelanjaan untuk lebih jimat terutama kos bilik hotel, makanan dan pengangkutan yang melibatkan sewa kereta. Lagi ramai lagi jimat.
3. Travel Apps
Bagi bandar dan negara maju seperti Australia dan Korea, korang boleh cuba lakukan carian di Play Store dan iTunes untuk apps dan peta yang boleh digunakan offline. Contohnya:
Busan: Busan Metro Maps, dan Busan Map Offline
Perth: Perth Western Australia Maps, dan Perth Map and Walks
4. Promosi AirAsia
Sentiasa alert dengan promosi AirAsia. Adakala tiket yang kita dapat boleh jadi separuh daripada bajet di atas.
Bercakap tentang AirAsia, ada satu berita menarik saya nak kongsikan. Harga tiket kapal terbang yang saya letakkan di atas adalah harga biasa tanpa promosi.
AirAsia akan mengadakan promosi 50% diskaun untuk pembelian tiket pergi balik bagi destinasi berikut:
1. Indonesia: Banda Acheh – Harga normal pergi balik RM300++, sekarang RM242++.
2. Myanmar: Yangon – Harga normal pergi balik RM380++, sekarang RM314++
3. Filipina: Cebu – Harga normal pergi balik RM590++, sekarang 460++
4. Maldive: Male – Harga normal pergi balik RM740++, sekarang 560++
5. Australia: Perth – Harga normal pergi balik RM780++, sekarang RM600++
6. Korea: Busan – Harga normal pergi balik RM798++, sekarang RM610++
Harga promosi di atas hanya sah jika tempahan dibuat untuk penerbangan pergi balik dengan AirAsia.
Promosi ini berlangsung selama 50 jam bermula pada 16 Mei 2016 (hari ni!) untuk penerbangan di antara 1 Ogos – 30 Nov 2016. Korang boleh semak promo ini di website AirAsia.com bermula jam 12 PM.
Saya tengah standby depan laptop untuk grab tiket ke salah satu lokasi di atas. Penat buat research dan kira bajet, it’s time to make it real. Siapa cepat dia dapat!
6 Lokasi Luar Negara Yang Anda Boleh Travel Dengan Bajet RM1500 | TheVocket
Reviewed by A2
on
1:18:00 AM
Rating: